Daisypath Wedding tickers

Friday, July 31, 2009

Menghitung hari

Menghitung hari bukan sebab tak sabar, sebab nak pikir apa lagi yang tak siap, hehe. So far, after majlis tunang aritu (sangat tak biasa bergelar tunangan), a lot of things dah settle, alhamdulillah. Ni kira isu bumper la ni, sebab sibuk sangat and takde mood plak nak update blog.
Alhamdulillah Allah memudahkan segala-galanya. We got to settle few things.
  • Permohonan kebenaran nikah dah settle, bakal ayah mertua ambil 1 Ogos kat pjeabat agama nanti since dua-dua jauh. Alhamdullillah, mudah segala-galanya.
  • Katerer dah siap tempah, termasuk makanan untuk di meja beradap. Ada sedikit chaos masa memilih katerer ni, tapi Abg and Kak Nor dah settlekan, this week kene balik sebab nak jumpe katerer. Cik B tak balik sebab sibuk dengan kursus..huhu. Kene naik bas ler.
  • Kad pun dah siap di tempah. Tempoh untuk siap pun elok2 je. Hopefully sempat edar.
  • Baju akad nikah untuk bride and groom pun dah siap. Manik dah dibeli dan petang ni nak hantar pada Azie.
  • Pelamin, hiasan bilik dan meja makan beradap serta mak andam untuk 3 majlis, pun dah ditempah. Setelah puas survey2, Kak Nora memang pilihan yang tepat, she's quite religious and very detail and know what we want. Yang penting, dia boleh negogiate dan within our budget. Kira boleh bertolak ansur la. Dah bayar deposit, dah buat fitting. So, lagi 2 minggu
  • Photographer pun dah ditempah. Alhamdulillah lepas nego2, dapat harga promosi lama. :) Dah lama follow thephotographer. Puas hati la dapat hire diorang.
  • Kek nanti Cik B yang buat. Hopefully tak lupe la skill dia tuh..Dia cakap cari lah mana-mana gambar yang berkenan dalam internet, :D. Jimat-jimat.
  • Kompang pun dah ditempah.
  • Hantaran pun dah beli sikit-sikit, tinggal sikit je lagi.
  • Telur untuk tetamu, kak Ngah nak sponsor.:)
  • Lolipop, abg G nak sponsor. :)
  • manisan untuk wedding favor, tik setuju untuk sponsor. :)
Alhamdulillah, semua dipermudahkan tuhan. Tak pernah bermimpi uruskan wedding dalam tempoh masa tak sampai 2 bulan. Kuasa tuhan. Kalau jodoh dah tiba tu.

Tapi, still banyakkkk lagi yang tak settle lagi. Sila jngan berangan-angan lagi ok.
  • VIP gift belum tempah.
  • Wedding favor pun tak beli lagi,
  • PA system
  • Bunga pahar
  • Lagu wedding (tgh shortlist nih)
  • Hiasan hantaran (ngeri nih..takde idea dah laa)
Yang hal rumah, mak dan kak ngah settle kan. Langsir tak siap lagi, banyak lagi lah jugak nak kene pk. Takpelah, pesan Tidah, nak memulakan sesuatu yang baik ni, mulakan dengan solat hajat untuk mudahkan segala urusan. Moga semuanya diberkati. Ameen.

Sunday, July 19, 2009

E-Day

Hari sabtu yang indah, terbangun dek terdengar suara Kak Ngah,

" inilah sebabnya, kalau tak cemerlang bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak merancang, tak fokus buat kerja, " bla bla bla

kenapa pulak ni, ooo..rupanya marahkan anak bujangnya yang bertiga, ayat macam ceramah kecemerlangan je, mentang2 lah motivator. Alkisahnya si kembar dan adiknya tertinggal beg di Muadzam, beg berisi baju2 taekwando, hari sabtu dan ahad ada tournament. Abis kene balik ke Muadzam semula sebelum ke Kuantan. Abang Jie yang kene mengantor si kembar (sebab dua-dua jadik referee), dan Kak Ngah muka moyok je. Lagi moyok si bongsu. Tengah hari Kak Ngah balik dengan fresh flowers, bergegas ke bandar, amik cupcake, yang ditempah amik dulang hantaran yang disewa, beli a few hantaran yang belum di beli (buah etc), kain organza, barang nak buat puding. Balik dok mengemas, membasuh, memasang tirai Kak Ngah jahit dan buat benda alah belakang tu (sort of hiasan tambahan kot). Semua atas idea dan effort Kak Ngah, ikutkan saja. Menjelang malam, Kak G sampai dengan anak2, sangat terharu walaupun Abg Teh takde kat sini, tapi still dia nak tdo kat umah and bersusah2 menolong. After solat, kemaskan hantaran, (sib baik bunga dulang dah siap2 buat masa kat Shah Alam), dan start buat puding. Mata dah tak larat nak bukak, badan dah sangat penat, tapi dengan semangat Kak Ngah, gagahkan jugak. Then, sambil Kak Ngah buat puding, dia ajar buat sirih junjung, dengan bantuan Iqah si kenit dan Kak Jie, alhamdulillah, siap.



Around 2 ish, masuk tido. Pukul dua pagi. Naik atas rumah tengok semua tempat dah ada org tido, tido jelah mana ada ruang.

Pukul 3 pagi, Iqah menangis.

Pukul 4 pagi, nazeem dan angah, bising panas.

Pukul 4.30 pagi, mak bising.

G, cek handbag.

Kenapa mak?

Ada orang masuk rumah.

Jap lagi lah mak. G penat sangat.

Sian kak G. Lagi kesian kat mak. Aku? Tak boleh tidur sampai ke pagi. Sampai ke pagi betul. Mungkin terlelap sekejap sebab paksa diri untuk tidur sambil dengar bacaan yasin setelah berzikir2 pun tak membantu. Pagi tersedar setelah dengar bising-bising, handset Nazeem dan Hanif hilang. Pintu depan dan belakang rumah dah dibuka kuncinya. Nasib orang tak di apa-apakan. Badan mak menggigil, sebab si &*&% itu dengan berani lalu di kaki mak, masa mak tidur, bila mak tersedar, mamat tak berhati perut itu keluar ikut pintu depan. Kejadian. Gempar seketika. Mak kata sepanjang 60 tahun hayatnya, ini kali pertama pengalaman begini. Kehidupan perlu diteruskan. Dalam kekalutan, sempat mengemas last minutes, makan dan mandi. Masuk je atas rumah, tengok Kak Ina dah menunggu. tadah muka dan berdoa, kali pertamas disolek ni, biarlah rupanya tidak mengerikan, tidak overdo dan yang penting sweet. Sangat terharu bila Fiza, my BFF, the ADO of cameron, yang memang super duper busy, datang all the way from cameron, datang meneman. Tepat 10.15 Cik B call. "boleh datang dah ke?, kteorng dah sampai dah ni". Then, majlis pun bermula. Hmm macam banyak sangat plak bercerita. tengok gambo jelah.



rombongan (kira-kira 80 orang) bergerak dari masjid yang berdekatan dengan rumah.

perbincangan


officially taken ;p

makan-makan

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan."

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa' al-Ghalil).

Pada awalnya, niat memang ingin merahsiakan pertunangan, tapi atas dasar menghormati kawan-kawan, maklumkan juga pada yang rapat. Letak juga gambar dalam fb, kejap je pun. Ni nak pull smule. Tak sangka, majlis yang pada mulanya nak buat seringkas mungkin, nampak macam beria2 juga. Kanopi disediakan sebab bimbang rombongan tak selesa, lagipun alang2 dah buat makan-makan ada lebih rezeki sikit boleh share dengan orang-orang kampung. Yang penting, semuanya sudah selamat. Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga pada parents and family, mak bah yang bersekang mata memasak lauk tambahan, especially kak ngah yang bersungguh2 nak buat mini pelamin, jahit tirai, kerah wang dan tenaga, Tik yang sibuk mengemas rumah dari awal lagi, kak ji yang walaupun anak 4 dan suami yang jauh diperantauan datang menolong sampai tido pukul 2 pagi, kak ja yang beli baju yang super cantik kat bandung, kak nor bagi pinjam accesories mutiara, bg long, abg de memastikan semua berjalan lancar, abg ngah yang sibuk polish semula cat rumah, officemate, Fizah dan Sarah yang setia meneman kesana sini untuk membeli barang2 keperluan, Didi, Kak Ana, Kak Erna, Bisha yang sama-sama menolong membuat bunga dulang. DOuble thanks pada Didi yang tangan berseni banyak tolong menyiapkan hantaran di Shah Alam. Thanks Thanks Thanks. Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian.

To Cik B the silent reader, thanks for everything. I love the way you love me. aww.. :)





Wednesday, July 15, 2009

Mak

Hari ni nak pergi fitting baju. tak budget pun baju tu akan siap secepat ini, alhamdulillah. Hari ni Cik B pergi DUN untuk dengar persidangan, mungkin petang sikit nak lari ke KL. Then, lepas majlis boleh bagi pada Azie, untuk jahit manik. Azie ni dulu jahit manik kat Butik Citra, tapi upahnya sangat berpatutan, berbanding beberapa orang lagi yang dah di survey2. Hopefully baju tu cantik..ameen..ameen..ameen.

Mak call pagi tadi untuk confirmkan tentang barang hantaran. Dan mak pun dah settlekan tentang jamuan kecil kecilan. Bila ditanya, tak la kecil sangat. Bila cakap, ishh..tak payahla mak susah2 sangat, mak jawab, takpelah, awak uruskan hal awak, ni biar mak uruskan, lagipun lepas ni dah takde kenduri dah, mak pun tak tau bila lagi buat kenduri, jadi sebak pulak, biarlah. Biarlah. Nasib anak bongsu perempuan. Apa yang penting, harap majlis berjalan lancar.

Tuesday, July 14, 2009

70 percent

Lega. Almost 70 % of tunang prep dah siap.

  • Dah call Kak Ina for andaman. Dah bank in deposit
  • Dah call Kak Aminah untuk baju akad nikah. Rasa tak percaya bila dia cakap, ye baju akad nikah awak dah siap. Nak letak atas dulang hantaran. Then baru hantar untuk jahit manik. Mudah mudahan semua urusan dipermudahkan.
  • Dress untuk bertunang pun ambil hari esok.
  • Cupcake pun dah ditempah dari Cik Amruszati
  • Untuk hiasan dulang, 80 % dah siap. Cuma terfikir, macam mana nak letak baju tu, letak dalam kotak kah?. Susah orang cerewt ni.
  • Dah confirm ngan mak tentang masak2. Mak yang handle.
  • Akak pun dah confirmkan hiasan tempat menyarung cincin. Akak yang brsungguh tentang idea ni, ikut saje. (Dalam hati happy jugak)
  • Budget pun dah siap. Alhamdulillah, tak la beribu riban.
  • Dah isi borang untuk invigilator replacement form.
Last week pergi kursus kahwin dekat Masjid Shah Alam. Tip top. Banyak ilmu yang dapat, disamping tempat yang selesa, penceramah berpengalaman, makanan yang best, alhamdulillah. Dah dapat sijil. Balik tu, dua-dua demam panas. Mana taknya, start dari awal Jun, mula bekerja keras, and 4/5 Julai balik kampung untuk majlis merisik, 11/12 Julai pergi kursus kawen, 18/19 Julai balik untuk majlis bertunang, amik cuti sampai 21 Julai, nak uruskan temujanji2
  • Borang permohonan untuk permohonan kahwin
  • HIV test
  • Photographer, mungkin thephotographer
  • Wedding planner, dNora Collection
  • Katerer, Tuan Hj Othman yang menjanjikan dapat kanopy percuma :D
Balik ni, nak siapkan gubahan hantaran dan bakul sikit je lagi, coklat dan buah buahan beli masa dah sampai di Pahang nanti dan sirih junjung siapkan malam sebelumnya insyaAllah.

Mudah mudahan semuanya berjalan lancar.

Wednesday, July 8, 2009

Phew.

Penat sungguh. So much works, so little time. Dah lama tak menulis di sini, tak sempat. Hmm.. Basically, barang2 untuk dulang hantaran dah siap, bunga dulang pun dah siap. Paling tak sangka sekali, saya boleh gubah bunga!! Tak sangka si tangan kayu ni ade seni juga. Inspired by Misi 5 April punya gubahan, dan dibantu oleh my marvellous colleague. Fizah, Sarah yang sangat rajin meneman membeli barang-barang, serta Didi, Kak Ana and Kak Erna yang sangat baik hati menolong menggubah bunga. Cuma tinggal nak balut polistrin. Barang-barang hantaran pun 70 % dah ada, cuma yang tinggal lagi adalah buah-buahan dan coklat. My mum and sis kurang suka bagi makanan banyak2, so the other day, masa teman Kak Ana pegi Machine @ Sunway, beli sekali perfume untuk diletakkan atas dulang hantaran. Settle. Alhamdulillah.


Merisik

His parents arrived tepat 10.15 pagi. Berdebarnya tuhan je yang tahu. Masa bersiap2 dalam bilik, sempat terdengar lagi perbualan. Hehe. Noty betul. Then, masa sibuk2 kat dapur, my sis in law panggil, " Diorang kata nak tengok orangnya". Berdebar. Tapi alhamdulillah, masa bersalam, rasa sangat-sangat tenang. Habis perbincangan, lauk di hidang, all my feveret, heheh terutama ayam kampung goreng kunyit. Then, ayah Cik B ajak bergambar. Abang long senyum je. It's such a relieved to see the happy faces. Alhamdulillah.

Tarikh tunang, 19 Julai 2009. The only tarikh yang semua orang availabe dan tarikh asal yang dipersetujui oleh both parents and us.

Tarikh nikah tentatively 27 September 2009. It's earlier than we thot!

Hunting

For catering and andaman. Lepas berpusing-pusng kat mall, terjumpa Emran. And kebetulan dia sekarang collaborate dengan seorang wedding planner. And he offered something irressistible. Hmmm..pening..pening..pening dah.. Moga Allah tunjukkan apa yang terbaik.

Hari ni Cik B datang. We are 3 years! Dah lama, tapi macam baru semalam jumpe dia. ANd still remember his expression masa first time jumpe..hahahaha. I celebrate it dengan berpuasa.

p/s: weken ni g kursus kawen.