Daisypath Wedding tickers

Monday, June 29, 2009

Nikah attire

Cik B and his parents merancang untuk hantar rombongan merisik hari ahad ni. Nak apply cuti ,tapi biarlah dulu, sebab nak tau bila diorang decide untuk hantar rombongan peminangan, sebab boleh mintak sekali gus dalam satu borang. Kemungkinan besar, tak dapat tarikh 18 July seperti yang dirancang sebelum ni memandangkan abg de mugkin kene outstation ke Italy. Mungkin 25 July atau 26 July. Sekarang tunggu kata putus daripada both mak. Semalam, seharian di Jalan TAR mencari baju nikah dan cincin risik. Alhamdulillah, Allah mudahkan segala-galanya. Walaupun Cik B demam, tapi tetap cergas dan sabar melayan kerenah.T urun naik turun naik di tempat yang sama, silap juga sebab takde exact idea tentang baju nikah ni. Teringin nak pakai baju chiffon heavy beaded macam ni


pic from google


Simple. but sangat sweet. Habis semua kedai di visit, ada terjumpa satu baju sama macam di angankan, exactly, tapi tengok harga *pengsan*, ribu riban. gitu Penat pusing, amik take five solat and buat budget semula dengan Cik B. Pusing-pusing, akhirnya jumpa, harga yang reasonable and alhamdullillah, boleh tempah kat situ jugak. Beli sekali kain songket, boleh letak sebagai salah satu hantaran tunang. and suke sangat sebab tokei kedai boleh negogiate dan bagi cadangan yang amat membantu sekali. Alhamdulillah. Settle hantaran tunang, dan baju nikah. So, on the way balik, pergi cari cincin risik. Nak mencari cincin belah rotan tu pun susah sangat. Puas masuk Habib, Emas Sri Pinang and a few kedai yang berdekatan. After maghrib baru berjaya membeli. Cik B ajak makan steak. Ke Kg Baru we went.

p/s: I am very happy i found him. The most cool and understanding and matured and..the list goes on and on.

Saturday, June 27, 2009

Buat apa lama-lama?

Got sms from Cik B last nite.

" Ayah ajak u g kenduri anak Prof. Nak g tak?"

" I tak dijemput boleh ke pergi"

"Pergi sekali dengan kteorang, satu family"

I dont expect this..i dont expect this.

" U rasa?" i asked him.

" Ok je, jomlah"

Rasa gembira. I dont expect this. Let me keep the reasons. It's not like parents menentang relationship sebab tak suke, like drama swasta-TV3-cerekarama-PIL-tak-suke-bakal-menantu punye sebab, tapi (ok to long punye explaination, let me keep to myself). Well maybe sebab dengar cerita yang his dad is strict and islamic, and i dont ever dream boleh dilayan sebegini baik dan rapat (Ok enough on that). But I'm very happy. Extremely happy. They arrived 2 o clock sharp. As expected, I was given the privilege to sit in the front seat, as Cik B was the driver. Cut the long story short, as I'm about to salam with his mom (masa nak balik dah), pakcik tiba-tiba keluarkan satu handbag vintage kaler biru. Nampak macam bukan Malaysia punyer barang.

" Ni baru ni Pakcik pergi Acheh, ada beli barang sikit untuk awak"

Terharu ok..speechless.

"Timekasih banyak pakcik, timekasih banyak"

" Dan ni pulak buku dari sana, baca bergilir2 lah, lepas awak baca, bagi angah baca, lepas tu Hilmi pulak baca, Pakcik beli kat sana, bagus buku ni"

"hehe..orang lambat lagi" dengar suara Hilmi dari belakang.

Bukunya

Menikah dalam 27 Hari,
kalau bisa cepat, buat apa lama-lama?

Speechless.

p/s: Atif mursyidi sangat comel. Dalam kereta diam je, tengok je. Bila nak balik pusing-pusing satu kereta sambil tanya Ateh dia "Mana makwe angah?". So cute.

Friday, June 26, 2009

Maid of honor

Seronok hari ni. Dah dapat pengapit. Officially risik Fizah untuk jadik tukan kapit and dia dengan happy nya terima. Dia cakap, saya tak pernah lagi jadi pengapit orang. Seronok betul dia. Pagi-pagi tadi pulak Cik B call and ada perubahan sikit dalam plan, hari Ahad dia datang untuk beli barang-barang, boleh discuss detail. Abang Jie call, dengan nada gediknya bagitau, "Jie, kawan nak tunang!" dia cakap (macam boleh terbayang dia senyum) "mak ada bagitau aritu, ni skang kawan buat OT tiap-tiap malam, boleh sponsor untuk wedding awak nanti". I was touched.

Wednesday, June 24, 2009

Ivory rose

1 rejab. Cadangnya dulu2 ngan Cik B, nak kawen masa bulan Rejab. Tapi adalah hikmah atas setiap kejadian. So, kelmarin dah sit dengan Cik B, and discuss panjang lebar buat master plan. Cik B being him yang sangat detail. Dalam kertas tulis every single thing. Termasuk lah tarikh ...., (ayah call bakal besan [my dad ngan no phone]). Dan every single thing termasuk budget. Mula la pening. Belum apa2 dah pening. Sebab parents Cik B propose tarikh kawen adalah pada Okt 09. Mau nyer tak pening. Tak sampai 3 bulan pun lagi. nak kemas rumah yang of course amik masa yang lama untuk dikemas tuh. Hmm..untuk bagi hilang ubat pening, mari tgk gambo dan berangan. I dream of Pink -Fuschia Ivory Wedding/Ivory rose wedding. So sweet!! Actually dulu2, memang tak dream of pink wedding ni, sebab fikir kesian kat Cik B pakai pink..hahaha. Tapi, dia yang beria2 cadangkan pink untuk Big Day 3 Okt 09 dan Gold champange untuk majlis bertandang. Ikutkan saje, lagipun pink kan sweet..:p

Monday, June 15, 2009

Cinta sampai syurga

Alhamdulillah, hari ni dah dapat beli buku yang terasa2 perlu beli untuk pengetahuan diri sndiri dan Cik B. Haa.. jangan pikir sebab dah gatal sangat nak kawen ye. Sebab kadang2 ilmu tak cukup, tapi takut orang mengata jadi dipendamkan saja walaupun teringin nak tahu apa yang tak tahu. Terasa berminat sangat nak beli buku ni sebab di luarnya tertulis

"pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan SMS"

and among other description is

"melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan."

Im one of the silent reader of saifulislam.com. Dari situ ada terbaca one of the article Erti sebuah perkahwinan.

Bagus sangat.

Edited:

Bila dah baca, macam takleh nak letak buku ni..Yelah, pengalaman hidup seseorang kan ditambah dengan nasihat2 berguna. Disyorkan untuk yang berniat untuk mendirikan rumah tangga.


Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya mahu ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.

Aku terima nikahnya
ustaz hasrizal abdul jamil
saifulislam.com

Sunday, June 14, 2009

Solitaire


Hmm bnyk benda nak cerita tapi busy sket akhir2 ni dengan tesis masters yang jadik pembentuk kesabaran diri ini. Hehe. Iyolah tu. Semalam attend kenduri kawan baik Cik B, kat Saujana Impian, Kajang. Pegi sekali dengan Pudin, tapi ada plak sorang pompuan ni macam nak cari gaduh je. Geram ni geram. Then balik tu pas hanto pudin, dok bebel2, Cik B senyum jek. Lama2 senyaplah saya. Kami ada mission. Hari semalam gak nak kene beli cincin tunang. Pergi kat Midvalley. Selalunya tak suka sangat pergi MidValley. Parking susah, orang penuh, sampaikan berjalan berselisih bahu. Alhamdulillah, jalan tak jam dan parking senang je dapat. Rupanya dalam tu, memang banyk gak kedai jewellary. Selama ni tak penah amik tau pun. Hehhe. Masuk lah dalam Tomei, Wah Chan, Gold Heart and Lazo. Pusing punya pusing akhirnya kata putus dicapai, dapatlah sebentuk cincin yang amat berkenan di hati saya dan hati Cik B. Solitaire berapa carat tak ingat sangat sebab comel. S.A pun ramah betul. Dia nampak Cik B pegang Nikon d60. Bersemnagat cerita tentang kamera. Kongsi minat yang sama kan. Pas dah siap beli tu, survey2 harga cincin risik. My mom cakap kalau takde pun takpe, tapi his mom cakap kene beli. Dan mak Cik B pesan, kalau dah bagi cincin diamond masa tunang, kene bagi cut and carat lagi besar masa kawen, atau beli gelang ke. So, lepas tu trus la survey2 gelang plak. Cantik2 jugak. Tapi, sebab tak minat sengat dengan jewellery ni, memang siap sedia tunggu yang kawen ni jelah. Kalau tak lagi suka tangan kosong. Cik B kene balik awal sebab parents dia ada kat sini. So, tak manis plak kalau dia keluar sampai malam. So, lepas hantar, solat maghrib, dia pun balik. Bilo la plak jupe ni.


Saturday, June 6, 2009

Meet the parents

"Awak dah istikharah dah?"

Itu soalan pertama ayah Cik B tanya masa saya jumpa family Cik B. Ayah dan ibunya menyampaikan hajat ingin kenal dengan saya dengan lebih rapat. Dan mungkin pada pemikirannya, pada masa inilah yang sesuai untuk berjumpa dan kenal dengan ahli keluarga yang lain. Masa di tanya soalan itu, saya sedang berbual2 banyak perkara dengan ibu Cik B. Sebelum ini parents nya maklum tentang relationship ni. Tersentak juga, tapi alhamdulillah masa mula2 kenal dengan Cik B, saya dah buat istikharah. Hakikatnya, saya dah buat istikharah dah lama, masa berkawan dengan ex. Pada masa tu, dalam mimpi, memang dah ternampak ciri2 Cik B. Ketinggian, dan perwatakan. Dalam mimpi tu, selalu nampak dia seolah tersenyum dan saya seolah2 sedang menunggu dia. Tapi, wajah sebenar dia, memang tak nampak dan tak jelas. Dan bila dia senyum, saya akan terjaga. Masa tu terfikir, lama. Siapa lelaki ni. Sebab ciri-ciri ini bukan macam ex saya yang lebih rendah dan tidak berspek. Sehingga lah sekarang. Mimpi yang sama. Dan akan terjaga di tempat yang sama. Sehingga gerak hati saya mengatakan, inilah lelaki itu.

" Ada pakcik, masa mula kenal dia, saya dah buat solat istikharah" malu saya menjawab. Tapi suka sebab saya ni blur, kalau cakap berlapik selalu saya kurang faham.

" Pakcik dah suruh dah dia istikharah. Elok nampaknya katanya, Parents pulak macam mana? Jangan lawan cakap parents, paksa diorang sruh terima pilihan hati ni", dia berseloroh dalam sambil memberi nasihat. Dan banyak lagi persoalan dan perbincangan yang saya tak terfikir sejauh ini perbualan kami. Sebab saya pernah tanya pada Cik B, agak2 lama tak saya dikenalkan pada keluarganya. Katanya, mengikut pengalaman adik dia, kejap je, tak sampai sejam pun. Ayah dia pun tak bercakap apa2, just senyum je. Tak sangka, akan berbual2 perkara seserius ini. Pakcik dan makcik juga mencadangkan walimah dibuat seawal mungkin, mengikut kemampuan tanpa perlu berhabis habisan, dan perkara ni dah dibincang awal2 dengan Cik B. Katanya bila sampai masanya yang sesuai, dia takkan menunggu lama. So, kami dah bincang sikit2 sebelum ini jadi bila kedua belah family tanya tentang perancangn kami, dah ada idea sikit2.

Ye, sebelum ni memang tak pernah jumpa his father. His father quite strict, ikut agama dan adat, tapi pernah jumpa his mom and adik beradik yang lain.

Banyak nasihat yang diberi, katanya, ada yang nak lengah-lengah sebab nak buat wedding yang grand dan meriah2, apa yang penting, antara adat dan syarak, syarak mesti diikuti tapi adat jangan dilupakan. It's depend lah pada individu, kalau mampu, dan harus buat besar besaran, takpelah. Tapi kalau sampai berhabis-habisan itu yang tak best, pesan ayah Cik B lagi.Fikir apa yang lebih penting dan berkah untuk Big Day itu nanti. Hmmm.. Selama ni, mungkin tak terfikir, dok kerana kurang ilmu atau terlalu mengikut arus pemodenan. Entahlah. Tapi bimbang jugak majlis yang diharap boleh dikenang sampai mati itu, tidak mendapat berkat. Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Ameen.