Daisypath Wedding tickers

Saturday, June 6, 2009

Meet the parents

"Awak dah istikharah dah?"

Itu soalan pertama ayah Cik B tanya masa saya jumpa family Cik B. Ayah dan ibunya menyampaikan hajat ingin kenal dengan saya dengan lebih rapat. Dan mungkin pada pemikirannya, pada masa inilah yang sesuai untuk berjumpa dan kenal dengan ahli keluarga yang lain. Masa di tanya soalan itu, saya sedang berbual2 banyak perkara dengan ibu Cik B. Sebelum ini parents nya maklum tentang relationship ni. Tersentak juga, tapi alhamdulillah masa mula2 kenal dengan Cik B, saya dah buat istikharah. Hakikatnya, saya dah buat istikharah dah lama, masa berkawan dengan ex. Pada masa tu, dalam mimpi, memang dah ternampak ciri2 Cik B. Ketinggian, dan perwatakan. Dalam mimpi tu, selalu nampak dia seolah tersenyum dan saya seolah2 sedang menunggu dia. Tapi, wajah sebenar dia, memang tak nampak dan tak jelas. Dan bila dia senyum, saya akan terjaga. Masa tu terfikir, lama. Siapa lelaki ni. Sebab ciri-ciri ini bukan macam ex saya yang lebih rendah dan tidak berspek. Sehingga lah sekarang. Mimpi yang sama. Dan akan terjaga di tempat yang sama. Sehingga gerak hati saya mengatakan, inilah lelaki itu.

" Ada pakcik, masa mula kenal dia, saya dah buat solat istikharah" malu saya menjawab. Tapi suka sebab saya ni blur, kalau cakap berlapik selalu saya kurang faham.

" Pakcik dah suruh dah dia istikharah. Elok nampaknya katanya, Parents pulak macam mana? Jangan lawan cakap parents, paksa diorang sruh terima pilihan hati ni", dia berseloroh dalam sambil memberi nasihat. Dan banyak lagi persoalan dan perbincangan yang saya tak terfikir sejauh ini perbualan kami. Sebab saya pernah tanya pada Cik B, agak2 lama tak saya dikenalkan pada keluarganya. Katanya, mengikut pengalaman adik dia, kejap je, tak sampai sejam pun. Ayah dia pun tak bercakap apa2, just senyum je. Tak sangka, akan berbual2 perkara seserius ini. Pakcik dan makcik juga mencadangkan walimah dibuat seawal mungkin, mengikut kemampuan tanpa perlu berhabis habisan, dan perkara ni dah dibincang awal2 dengan Cik B. Katanya bila sampai masanya yang sesuai, dia takkan menunggu lama. So, kami dah bincang sikit2 sebelum ini jadi bila kedua belah family tanya tentang perancangn kami, dah ada idea sikit2.

Ye, sebelum ni memang tak pernah jumpa his father. His father quite strict, ikut agama dan adat, tapi pernah jumpa his mom and adik beradik yang lain.

Banyak nasihat yang diberi, katanya, ada yang nak lengah-lengah sebab nak buat wedding yang grand dan meriah2, apa yang penting, antara adat dan syarak, syarak mesti diikuti tapi adat jangan dilupakan. It's depend lah pada individu, kalau mampu, dan harus buat besar besaran, takpelah. Tapi kalau sampai berhabis-habisan itu yang tak best, pesan ayah Cik B lagi.Fikir apa yang lebih penting dan berkah untuk Big Day itu nanti. Hmmm.. Selama ni, mungkin tak terfikir, dok kerana kurang ilmu atau terlalu mengikut arus pemodenan. Entahlah. Tapi bimbang jugak majlis yang diharap boleh dikenang sampai mati itu, tidak mendapat berkat. Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Ameen.

No comments:

Post a Comment