Daisypath Wedding tickers

Wednesday, July 15, 2009

Mak

Hari ni nak pergi fitting baju. tak budget pun baju tu akan siap secepat ini, alhamdulillah. Hari ni Cik B pergi DUN untuk dengar persidangan, mungkin petang sikit nak lari ke KL. Then, lepas majlis boleh bagi pada Azie, untuk jahit manik. Azie ni dulu jahit manik kat Butik Citra, tapi upahnya sangat berpatutan, berbanding beberapa orang lagi yang dah di survey2. Hopefully baju tu cantik..ameen..ameen..ameen.

Mak call pagi tadi untuk confirmkan tentang barang hantaran. Dan mak pun dah settlekan tentang jamuan kecil kecilan. Bila ditanya, tak la kecil sangat. Bila cakap, ishh..tak payahla mak susah2 sangat, mak jawab, takpelah, awak uruskan hal awak, ni biar mak uruskan, lagipun lepas ni dah takde kenduri dah, mak pun tak tau bila lagi buat kenduri, jadi sebak pulak, biarlah. Biarlah. Nasib anak bongsu perempuan. Apa yang penting, harap majlis berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment