Daisypath Wedding tickers

Friday, July 31, 2009

Menghitung hari

Menghitung hari bukan sebab tak sabar, sebab nak pikir apa lagi yang tak siap, hehe. So far, after majlis tunang aritu (sangat tak biasa bergelar tunangan), a lot of things dah settle, alhamdulillah. Ni kira isu bumper la ni, sebab sibuk sangat and takde mood plak nak update blog.
Alhamdulillah Allah memudahkan segala-galanya. We got to settle few things.
  • Permohonan kebenaran nikah dah settle, bakal ayah mertua ambil 1 Ogos kat pjeabat agama nanti since dua-dua jauh. Alhamdullillah, mudah segala-galanya.
  • Katerer dah siap tempah, termasuk makanan untuk di meja beradap. Ada sedikit chaos masa memilih katerer ni, tapi Abg and Kak Nor dah settlekan, this week kene balik sebab nak jumpe katerer. Cik B tak balik sebab sibuk dengan kursus..huhu. Kene naik bas ler.
  • Kad pun dah siap di tempah. Tempoh untuk siap pun elok2 je. Hopefully sempat edar.
  • Baju akad nikah untuk bride and groom pun dah siap. Manik dah dibeli dan petang ni nak hantar pada Azie.
  • Pelamin, hiasan bilik dan meja makan beradap serta mak andam untuk 3 majlis, pun dah ditempah. Setelah puas survey2, Kak Nora memang pilihan yang tepat, she's quite religious and very detail and know what we want. Yang penting, dia boleh negogiate dan within our budget. Kira boleh bertolak ansur la. Dah bayar deposit, dah buat fitting. So, lagi 2 minggu
  • Photographer pun dah ditempah. Alhamdulillah lepas nego2, dapat harga promosi lama. :) Dah lama follow thephotographer. Puas hati la dapat hire diorang.
  • Kek nanti Cik B yang buat. Hopefully tak lupe la skill dia tuh..Dia cakap cari lah mana-mana gambar yang berkenan dalam internet, :D. Jimat-jimat.
  • Kompang pun dah ditempah.
  • Hantaran pun dah beli sikit-sikit, tinggal sikit je lagi.
  • Telur untuk tetamu, kak Ngah nak sponsor.:)
  • Lolipop, abg G nak sponsor. :)
  • manisan untuk wedding favor, tik setuju untuk sponsor. :)
Alhamdulillah, semua dipermudahkan tuhan. Tak pernah bermimpi uruskan wedding dalam tempoh masa tak sampai 2 bulan. Kuasa tuhan. Kalau jodoh dah tiba tu.

Tapi, still banyakkkk lagi yang tak settle lagi. Sila jngan berangan-angan lagi ok.
  • VIP gift belum tempah.
  • Wedding favor pun tak beli lagi,
  • PA system
  • Bunga pahar
  • Lagu wedding (tgh shortlist nih)
  • Hiasan hantaran (ngeri nih..takde idea dah laa)
Yang hal rumah, mak dan kak ngah settle kan. Langsir tak siap lagi, banyak lagi lah jugak nak kene pk. Takpelah, pesan Tidah, nak memulakan sesuatu yang baik ni, mulakan dengan solat hajat untuk mudahkan segala urusan. Moga semuanya diberkati. Ameen.

No comments:

Post a Comment