Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

E-Day

Hari sabtu yang indah, terbangun dek terdengar suara Kak Ngah,

" inilah sebabnya, kalau tak cemerlang bukan sebab tak pandai, tapi sebab tak merancang, tak fokus buat kerja, " bla bla bla

kenapa pulak ni, ooo..rupanya marahkan anak bujangnya yang bertiga, ayat macam ceramah kecemerlangan je, mentang2 lah motivator. Alkisahnya si kembar dan adiknya tertinggal beg di Muadzam, beg berisi baju2 taekwando, hari sabtu dan ahad ada tournament. Abis kene balik ke Muadzam semula sebelum ke Kuantan. Abang Jie yang kene mengantor si kembar (sebab dua-dua jadik referee), dan Kak Ngah muka moyok je. Lagi moyok si bongsu. Tengah hari Kak Ngah balik dengan fresh flowers, bergegas ke bandar, amik cupcake, yang ditempah amik dulang hantaran yang disewa, beli a few hantaran yang belum di beli (buah etc), kain organza, barang nak buat puding. Balik dok mengemas, membasuh, memasang tirai Kak Ngah jahit dan buat benda alah belakang tu (sort of hiasan tambahan kot). Semua atas idea dan effort Kak Ngah, ikutkan saja. Menjelang malam, Kak G sampai dengan anak2, sangat terharu walaupun Abg Teh takde kat sini, tapi still dia nak tdo kat umah and bersusah2 menolong. After solat, kemaskan hantaran, (sib baik bunga dulang dah siap2 buat masa kat Shah Alam), dan start buat puding. Mata dah tak larat nak bukak, badan dah sangat penat, tapi dengan semangat Kak Ngah, gagahkan jugak. Then, sambil Kak Ngah buat puding, dia ajar buat sirih junjung, dengan bantuan Iqah si kenit dan Kak Jie, alhamdulillah, siap.



Around 2 ish, masuk tido. Pukul dua pagi. Naik atas rumah tengok semua tempat dah ada org tido, tido jelah mana ada ruang.

Pukul 3 pagi, Iqah menangis.

Pukul 4 pagi, nazeem dan angah, bising panas.

Pukul 4.30 pagi, mak bising.

G, cek handbag.

Kenapa mak?

Ada orang masuk rumah.

Jap lagi lah mak. G penat sangat.

Sian kak G. Lagi kesian kat mak. Aku? Tak boleh tidur sampai ke pagi. Sampai ke pagi betul. Mungkin terlelap sekejap sebab paksa diri untuk tidur sambil dengar bacaan yasin setelah berzikir2 pun tak membantu. Pagi tersedar setelah dengar bising-bising, handset Nazeem dan Hanif hilang. Pintu depan dan belakang rumah dah dibuka kuncinya. Nasib orang tak di apa-apakan. Badan mak menggigil, sebab si &*&% itu dengan berani lalu di kaki mak, masa mak tidur, bila mak tersedar, mamat tak berhati perut itu keluar ikut pintu depan. Kejadian. Gempar seketika. Mak kata sepanjang 60 tahun hayatnya, ini kali pertama pengalaman begini. Kehidupan perlu diteruskan. Dalam kekalutan, sempat mengemas last minutes, makan dan mandi. Masuk je atas rumah, tengok Kak Ina dah menunggu. tadah muka dan berdoa, kali pertamas disolek ni, biarlah rupanya tidak mengerikan, tidak overdo dan yang penting sweet. Sangat terharu bila Fiza, my BFF, the ADO of cameron, yang memang super duper busy, datang all the way from cameron, datang meneman. Tepat 10.15 Cik B call. "boleh datang dah ke?, kteorng dah sampai dah ni". Then, majlis pun bermula. Hmm macam banyak sangat plak bercerita. tengok gambo jelah.



rombongan (kira-kira 80 orang) bergerak dari masjid yang berdekatan dengan rumah.

perbincangan


officially taken ;p

makan-makan

Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Nabi Muhammad S.A.W ada mengingatkan kpd kita:

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan."

(Riwayat Ahmad drpd Abdullah bin Zubair Radhiyallahu 'anhu dan disahihkan oleh al-albani di dlm Irwa' al-Ghalil).

Pada awalnya, niat memang ingin merahsiakan pertunangan, tapi atas dasar menghormati kawan-kawan, maklumkan juga pada yang rapat. Letak juga gambar dalam fb, kejap je pun. Ni nak pull smule. Tak sangka, majlis yang pada mulanya nak buat seringkas mungkin, nampak macam beria2 juga. Kanopi disediakan sebab bimbang rombongan tak selesa, lagipun alang2 dah buat makan-makan ada lebih rezeki sikit boleh share dengan orang-orang kampung. Yang penting, semuanya sudah selamat. Alhamdulillah.

Terima kasih tak terhingga pada parents and family, mak bah yang bersekang mata memasak lauk tambahan, especially kak ngah yang bersungguh2 nak buat mini pelamin, jahit tirai, kerah wang dan tenaga, Tik yang sibuk mengemas rumah dari awal lagi, kak ji yang walaupun anak 4 dan suami yang jauh diperantauan datang menolong sampai tido pukul 2 pagi, kak ja yang beli baju yang super cantik kat bandung, kak nor bagi pinjam accesories mutiara, bg long, abg de memastikan semua berjalan lancar, abg ngah yang sibuk polish semula cat rumah, officemate, Fizah dan Sarah yang setia meneman kesana sini untuk membeli barang2 keperluan, Didi, Kak Ana, Kak Erna, Bisha yang sama-sama menolong membuat bunga dulang. DOuble thanks pada Didi yang tangan berseni banyak tolong menyiapkan hantaran di Shah Alam. Thanks Thanks Thanks. Hanya Allah yang boleh balas jasa kalian.

To Cik B the silent reader, thanks for everything. I love the way you love me. aww.. :)





Tuesday, July 14, 2009

70 percent

Lega. Almost 70 % of tunang prep dah siap.

  • Dah call Kak Ina for andaman. Dah bank in deposit
  • Dah call Kak Aminah untuk baju akad nikah. Rasa tak percaya bila dia cakap, ye baju akad nikah awak dah siap. Nak letak atas dulang hantaran. Then baru hantar untuk jahit manik. Mudah mudahan semua urusan dipermudahkan.
  • Dress untuk bertunang pun ambil hari esok.
  • Cupcake pun dah ditempah dari Cik Amruszati
  • Untuk hiasan dulang, 80 % dah siap. Cuma terfikir, macam mana nak letak baju tu, letak dalam kotak kah?. Susah orang cerewt ni.
  • Dah confirm ngan mak tentang masak2. Mak yang handle.
  • Akak pun dah confirmkan hiasan tempat menyarung cincin. Akak yang brsungguh tentang idea ni, ikut saje. (Dalam hati happy jugak)
  • Budget pun dah siap. Alhamdulillah, tak la beribu riban.
  • Dah isi borang untuk invigilator replacement form.
Last week pergi kursus kahwin dekat Masjid Shah Alam. Tip top. Banyak ilmu yang dapat, disamping tempat yang selesa, penceramah berpengalaman, makanan yang best, alhamdulillah. Dah dapat sijil. Balik tu, dua-dua demam panas. Mana taknya, start dari awal Jun, mula bekerja keras, and 4/5 Julai balik kampung untuk majlis merisik, 11/12 Julai pergi kursus kawen, 18/19 Julai balik untuk majlis bertunang, amik cuti sampai 21 Julai, nak uruskan temujanji2
  • Borang permohonan untuk permohonan kahwin
  • HIV test
  • Photographer, mungkin thephotographer
  • Wedding planner, dNora Collection
  • Katerer, Tuan Hj Othman yang menjanjikan dapat kanopy percuma :D
Balik ni, nak siapkan gubahan hantaran dan bakul sikit je lagi, coklat dan buah buahan beli masa dah sampai di Pahang nanti dan sirih junjung siapkan malam sebelumnya insyaAllah.

Mudah mudahan semuanya berjalan lancar.

Wednesday, March 25, 2009

Khabar dari Bandung

Kak Ja baru balik dari Bandung. Dah dapat baju untuk majlis bertunang. Ready made. Murah. Puas hati.
Tengok baju yang lebih kurang sama, di PKNS harganya RM300. Erm rasanya kalau beli kat sini lah, memang takkan membeli baju tu. Tak sanggup rasa. Alhamdulillah. Dapat yang affordable.
Sebenarnya dulu berangan2 pakai baju yang simple2 je, kurung moden chffon mcm ni je ke, bukanlah nak buat beria2 sangat. Cadang diri sendiri. Budget kecik :). hehe..















Pic from wanitamelayu.com.

Hmm tak sabar nak ke Jogja/Solo bulan 4 ni. katanya kat solo lagi murah. Hopefully lah.