Daisypath Wedding tickers

Thursday, May 28, 2009

Dinner at Diamond Platinum

Semalam, kami ada mission. Cari cincin tunang. Balik keje, sempat lagi ke pasar malam dengan officemate. On the way balik rumah masa jalan kaki, Fiza tegur

"sempat ke nak siap ni, dah dekat kol 7 ni, lagi spoloh minit dia sampai"

"Err..takpe..sempat ni..hehe"..

sebenarnya dalam hati cuak macam nak mati. Dah la berpeluh2. Ishh..Then balik rumah mandi-mandi dan siap-siap, tepat pada masa Cik B sampai. (Sib baik sempat).We all pergi adalah dalam 5 buah kedai, rasa makin lama tengok makin pening. Dah la tak pernah pakai jewellery, memang pening jugak lah. Thanks God dah baca-baca sikit tentang diamond and barang kemas ni, so adalah jugak pengetahuan sikit2.

SA kat tomei cakap,
jangan pilih lama-lama, nanti pening and susah you nak pilih. Hehe..
I said, ni first time I nak pakai jewellery tau, kene pilih lama-lama.


Orang kata diamonds are woman's best friend. Entahlah. Kalau macam tu saya takde bestfriend lagi lah..Hehe. Takpe. My first best friend akan di hadiahkan oleh my long life best friend..hehe. After dinner, dan lepas fikir-fikir akhirnya dapat kata putus untuk beli hari Ahad nanti. Hopefully cincin yang terpilih tu ada lagi lah. Cross finger!! Cik B withdraw duit and give it to me to keep it. Takut terguna kot. Jangan la haku yang terguna duit tu untuk shopping..;D. Diari yang tertulis semua plan untuk wedding and such itu tertinggal kat umah abg long pulak.



Convocation

Cik B called his mom bagitau yang we both in the mission of e.ring hunting. Makcik pesan, ramai akan datang untuk convocation Cik B nanti. Atuk, tok ngah, tok teh. dan tok lagi sorang tak ingat nama. Makcik pesan, jgn bgtau saya, nanti saya takut pulak. Hehe.. Saya relaks je. Ingatkan atuk-atuk ni semua lelaki, sekali Cik B cakap, sorang je lelaki, yang lain semua perempuan. Habis dup dap dup dap jantung.








Monday, May 18, 2009

Macam macam hal

Dear blog,

Lokasi
Last week balik kampung nak survey2 andaman. Ingatkan boleh habis terus, tapi tak jugak. Sibuk main2 ngan anak2 sedara je. Bincang-bincang akhirnya rasa mungkin buat kat rumah je kot. Sebab memang tak boleh nak deny kalau buat kat dewan, kemeriahan tu kurang sikit, sedara mara, jiran tetangga, tak terasa sangat. Silap2 tok yang dah takleh jalan tu tak pegi wedding ku. Ish tak mau lah macam tu plak.
Lagi satu, mak mak andam ni sibuk je nak buat pelamin yang grand kat dewan. Padahal, segan le nak grand2 ni. Buat simple2 je cukuplah. Nak buat kat dewan pun sbb tak nak nyusahkan parents yang dah tua.

Butik Liza dan Etta

Ok back to the cerita andaman, dah survey at least 6 butik andaman. Range harga lebih kurang, tapi ada dua kedai andaman ni bila tengok gambar pelanggan atau client yang pernah melanggan, gambarnya sama (Liza dan Etta). Saya straight forward je tanya, ada cawangan ke butik ni sebab kedai kat belakang tu sama je gambar dengan yang ini. Butik Liza cakap takde. So, camne tu? Nak pecaya mana satu. Tapi Butik Liza ni dah siap offer test make up lagi. Pelamin pun cantik2 jugak.

D Nora Collection.
Katanya sampai november dah fully booked. No wonderlah sebab butik ni memang provide full service yang superb. Dari andaman ke photography. Bukan macam uncle2 kedai gambar tu ye..hehe.. Pelamin memang fully fresh flowers (sebernarnya takdelah bercita2 nak yang heavy macam tu, nak yang simple je..), baju pun cantik, album pun puas hati tapi dah takde kosong untuk bulan 10 nanti. *sigh*.

Jean Perry
Jalan-jalan kat Parkson EC Mall jumpa pulak bedsheet yang berkenan di hati. Sebab sekarang kan parkson Grand Sale, so memang reasonable harganya. Kak Nor offer untuk bayar dulu. Boleh guna untuk bertunang nanti.


p/s: Kebanyakan butik andaman offer rm150 untuk make up sahaja. Tapi kene test dulu. :D

Friday, May 15, 2009

Apa cerita

Macam dah lama betul tak menulis kat sni. Sibuk betul dengan invigilate exam and marking paper and meeting. So sekarang ada masa sikit, boleh lah update. So, apa cita?
Cik B dah bincang ngan parents dia, so parents dia pada asalnya mintak bulan 8, memandangkan adik dia yng blaja kat luar, ada balik untuk raya time tu. Tapi bila fikir2 semula mungkin rush sangat, so mungkin early October. Confirm masa tunang nantilakan. InsyaAllah..ameen.

Kak Nor dan Nurul baru balik dari Bandung dan Jakarta, khabar yang dibawa kain lace kat sana biasa-biasa je. Ada yang cantik, tapi harganya juta2 gitu. Lagipun bimbang plak kite tak berkenan. So decide beli kat sini jelah. Pay a visit kat Jakel last week, dah tutup plak. Singgah ke Euro Moda dan Gulatis, sbb masa sangat singkat, tak nak rush beli. So, balik empty handed tapi idea penuh dalam kepala. (Kononn hehe..).

Dah settle jugak kata putus tentang hantaran tunang dan kahwin. boleh start membeli sikit2 lah. Cik B pesan kalau dah berkenan atau terjumpa barang - barang untuk sendiri, beli lah dulu, nanti dia bayor..hehehe. Dah ada beli satu barang masa pegi Solo hari tu.

OOo..lupe nak khabarkan brite dari Jogja dan Solo. Memang sangat murah kebaya2 sulam yang sarat dan sulam biasa. Ada 2 mall 4 tingkat sebelah menyebelah, dalamnya penuh kebaya, telekung, sutera, batik handbag, kasut. Tapi obviously batiklah sebab memang kebanyakan batik Indon di buat di Solo. Kalau kebaya2 di sana memang cantik2 dan halus sulamannya. Harga memang sangat murah, boleh menawar lagi. Pernah terjumpa telekung semi sutra yang dijual di sini berharga rm250-rm300, kat sana boleh dapat paling murah rm50-rm80. Kalau kebaya plak, Kat sini terjumpa sulam biasa rm350, kat sana after diconvert adalah beberapa belas ringgit sahaja. Currency exchange RM1=IDR 3000. plus minuslah. So, orang yang membeli untuk bisnes kat sana akan bagi harga yang sama macam di sana. Contoh. Kebaya 50,000 rupiah dijual, jual di malaysia Rm50-RM80. Sebenarnya harga dia kalau convert dalam Rm 16 macam tu lah. Material memang cantik lah. Kalau di sini berbaloi lah harga rm50 tu.

Last month, temankan Kak I fitting baju kat designer and Pak Andamnya; Freda.Memang berminat dengan hasil kerja dia. Kalau stay di Klang Valley memang dah nak book dia dah tapi dok jauh ni, kene pay for transporation and whatnot. *sigh*.

This week dah call candidsyndrome. Sebab CS ada buat promotion kan, kalo takde promotion jgan harap la berani nak call.tak mampunyer den. So nice la the lady yang entertain tuh. Dia invite datang ke gallery kat Puchong. Tapi, still banyak benda kene fikir. Hmm..

Yang paling pening, mak andammm. Seacrh dalam internet tak banyak jumpe, so this week kene balik and carik2 and shortlist. Cik B tak dapat balik sebab kene outstation. Nanti baru pegi semula dengan Cik B.

p/s: Hari ni Cik B miting di Shah Alam. Boley lunch sesama. :D