Daisypath Wedding tickers

Monday, May 18, 2009

Macam macam hal

Dear blog,

Lokasi
Last week balik kampung nak survey2 andaman. Ingatkan boleh habis terus, tapi tak jugak. Sibuk main2 ngan anak2 sedara je. Bincang-bincang akhirnya rasa mungkin buat kat rumah je kot. Sebab memang tak boleh nak deny kalau buat kat dewan, kemeriahan tu kurang sikit, sedara mara, jiran tetangga, tak terasa sangat. Silap2 tok yang dah takleh jalan tu tak pegi wedding ku. Ish tak mau lah macam tu plak.
Lagi satu, mak mak andam ni sibuk je nak buat pelamin yang grand kat dewan. Padahal, segan le nak grand2 ni. Buat simple2 je cukuplah. Nak buat kat dewan pun sbb tak nak nyusahkan parents yang dah tua.

Butik Liza dan Etta

Ok back to the cerita andaman, dah survey at least 6 butik andaman. Range harga lebih kurang, tapi ada dua kedai andaman ni bila tengok gambar pelanggan atau client yang pernah melanggan, gambarnya sama (Liza dan Etta). Saya straight forward je tanya, ada cawangan ke butik ni sebab kedai kat belakang tu sama je gambar dengan yang ini. Butik Liza cakap takde. So, camne tu? Nak pecaya mana satu. Tapi Butik Liza ni dah siap offer test make up lagi. Pelamin pun cantik2 jugak.

D Nora Collection.
Katanya sampai november dah fully booked. No wonderlah sebab butik ni memang provide full service yang superb. Dari andaman ke photography. Bukan macam uncle2 kedai gambar tu ye..hehe.. Pelamin memang fully fresh flowers (sebernarnya takdelah bercita2 nak yang heavy macam tu, nak yang simple je..), baju pun cantik, album pun puas hati tapi dah takde kosong untuk bulan 10 nanti. *sigh*.

Jean Perry
Jalan-jalan kat Parkson EC Mall jumpa pulak bedsheet yang berkenan di hati. Sebab sekarang kan parkson Grand Sale, so memang reasonable harganya. Kak Nor offer untuk bayar dulu. Boleh guna untuk bertunang nanti.


p/s: Kebanyakan butik andaman offer rm150 untuk make up sahaja. Tapi kene test dulu. :D

No comments:

Post a Comment