Daisypath Wedding tickers

Friday, May 15, 2009

Apa cerita

Macam dah lama betul tak menulis kat sni. Sibuk betul dengan invigilate exam and marking paper and meeting. So sekarang ada masa sikit, boleh lah update. So, apa cita?
Cik B dah bincang ngan parents dia, so parents dia pada asalnya mintak bulan 8, memandangkan adik dia yng blaja kat luar, ada balik untuk raya time tu. Tapi bila fikir2 semula mungkin rush sangat, so mungkin early October. Confirm masa tunang nantilakan. InsyaAllah..ameen.

Kak Nor dan Nurul baru balik dari Bandung dan Jakarta, khabar yang dibawa kain lace kat sana biasa-biasa je. Ada yang cantik, tapi harganya juta2 gitu. Lagipun bimbang plak kite tak berkenan. So decide beli kat sini jelah. Pay a visit kat Jakel last week, dah tutup plak. Singgah ke Euro Moda dan Gulatis, sbb masa sangat singkat, tak nak rush beli. So, balik empty handed tapi idea penuh dalam kepala. (Kononn hehe..).

Dah settle jugak kata putus tentang hantaran tunang dan kahwin. boleh start membeli sikit2 lah. Cik B pesan kalau dah berkenan atau terjumpa barang - barang untuk sendiri, beli lah dulu, nanti dia bayor..hehehe. Dah ada beli satu barang masa pegi Solo hari tu.

OOo..lupe nak khabarkan brite dari Jogja dan Solo. Memang sangat murah kebaya2 sulam yang sarat dan sulam biasa. Ada 2 mall 4 tingkat sebelah menyebelah, dalamnya penuh kebaya, telekung, sutera, batik handbag, kasut. Tapi obviously batiklah sebab memang kebanyakan batik Indon di buat di Solo. Kalau kebaya2 di sana memang cantik2 dan halus sulamannya. Harga memang sangat murah, boleh menawar lagi. Pernah terjumpa telekung semi sutra yang dijual di sini berharga rm250-rm300, kat sana boleh dapat paling murah rm50-rm80. Kalau kebaya plak, Kat sini terjumpa sulam biasa rm350, kat sana after diconvert adalah beberapa belas ringgit sahaja. Currency exchange RM1=IDR 3000. plus minuslah. So, orang yang membeli untuk bisnes kat sana akan bagi harga yang sama macam di sana. Contoh. Kebaya 50,000 rupiah dijual, jual di malaysia Rm50-RM80. Sebenarnya harga dia kalau convert dalam Rm 16 macam tu lah. Material memang cantik lah. Kalau di sini berbaloi lah harga rm50 tu.

Last month, temankan Kak I fitting baju kat designer and Pak Andamnya; Freda.Memang berminat dengan hasil kerja dia. Kalau stay di Klang Valley memang dah nak book dia dah tapi dok jauh ni, kene pay for transporation and whatnot. *sigh*.

This week dah call candidsyndrome. Sebab CS ada buat promotion kan, kalo takde promotion jgan harap la berani nak call.tak mampunyer den. So nice la the lady yang entertain tuh. Dia invite datang ke gallery kat Puchong. Tapi, still banyak benda kene fikir. Hmm..

Yang paling pening, mak andammm. Seacrh dalam internet tak banyak jumpe, so this week kene balik and carik2 and shortlist. Cik B tak dapat balik sebab kene outstation. Nanti baru pegi semula dengan Cik B.

p/s: Hari ni Cik B miting di Shah Alam. Boley lunch sesama. :D

No comments:

Post a Comment