Daisypath Wedding tickers

Sunday, April 5, 2009

Going Solo.:)

Last week pegi kedai andaman kak Z. Kak Z ni dulu jadi mak andam kak tik, so inilah tempat andaman pertama yang tengok dulu sebab sangat puas hati dngn cara Kk z ni layan pelanggan dia. jaga sungguh2. Bincang2 tentang pelamin dan pakej dengan Kak Z, yang bestnya ada aik dia yg tukang buat pelamin kat situ. Hmm..nampak macam cantik tapi macam pelik sangat pulak nanti. And everything datang dengan doit. Kalau nak cantik, mahal la harganya. Lumrah. Tanya2 jugak kalau pelamin di dewan, dan berkali2 ingatkan pada Kak Z, yang merancang buat di dewaan bukanlah sebab nak grand, tapi sebab kesian kat mak ayah, nak prepare dan siapkan rumah. Adik beradik memang ramai, tapi kalau dekat2 kenduri baru dapat cuti. Tak menyalahkan diorang sebab dah lumrah kerja memang macam tu, saya pun macam tu jugak. Kak Z cakap, kalau kat dewan memang kene buat pelamin besar, kalau tak nampak macam kartun. Dok berdua je kat atas pentas. Heheh. Tak tahu nak budget berapa. Haishh..

Abang long dah berjanji nak settlekan tentang harga sewa dewan. Hmm takpelah tunggu jelah.. Abang kata, takpe jangan risau. Kumpul data dulu dan bincang kemudian. Suke..sebab terancang walaupun masa singkat. Call Ana untuk tanya harga katering. hehe.. rindu plok kat dia. Dia cakap kateringtu sediakan sekali kanopi dan kerusi meja. Harga pun not bad.

Hampir 70% perancangan nak ke Solo tu confirm. Cuma tak buat pasport je lagi. Haha..ironinya benda tu la yg paling penting. Dean dah luluskan cuti, tinggal nak book hotel je lagi dna rancang betul2 perjalanan. Tak sabarnya. Sambil berjalan nak cari barang untuk wedding. Kononnya. This week jumpe Cik B and dia cakap before pegi nak list kan barang2 yang perlu di beli di sana. Niat asal nak berjalan. Sambil2 lah. Cik B mention, kad kawen. Hmm dah berkali2 tanya dia tapi mungkin dia ada perancangan sendiri kot. Takpelah. Barang2 lain, mungkin
  • kain untuk akad nikah,
  • telekung
  • baju batik untuk family belah Cik B
  • kain untuk my family (mungkin tidak)
  • wedding favour (mungkin tak la kot melainkan ada bekas sesuai untuk letak telur)
rasa tak berhabis memandangkan gene untuk bershopping ku telah di suppress kan ..haha.. Mungkin nak cari baju raya terus. Hmm ada 3 kakak kene beli untuk semua la kot.
Tak sabarnya..:)

Wednesday, April 1, 2009

August!

His parents proposed August. 4 months je lagi. Sebelum ni memang suka survey2, tapi takde la plan sangat, just go with the flow, so skang, memang really with the flow. Kata ayahnya, bila dah stable, dah decide nak settle down kat mana, jangan tunggu lama-lama. Kalau tak tentu lagi, bahaya. So, let's start the plan!

Wednesday, March 25, 2009

Khabar dari Bandung

Kak Ja baru balik dari Bandung. Dah dapat baju untuk majlis bertunang. Ready made. Murah. Puas hati.
Tengok baju yang lebih kurang sama, di PKNS harganya RM300. Erm rasanya kalau beli kat sini lah, memang takkan membeli baju tu. Tak sanggup rasa. Alhamdulillah. Dapat yang affordable.
Sebenarnya dulu berangan2 pakai baju yang simple2 je, kurung moden chffon mcm ni je ke, bukanlah nak buat beria2 sangat. Cadang diri sendiri. Budget kecik :). hehe..















Pic from wanitamelayu.com.

Hmm tak sabar nak ke Jogja/Solo bulan 4 ni. katanya kat solo lagi murah. Hopefully lah.

Thursday, March 19, 2009

Baiti Jannati

Lama betul tak mem blog kat sni.. Sangat-sangat sibuk sekarang ni. Tapi perancangan masih berjalan cuma persiapan tak bergerak-gerak. Ramai kengkawan tanya, bila..bila..bila.. majlisnya. Sebenarnya perancangan asal bulan Jun 2009, tapi mungkin ditunda. Dua tiga bulan kebelakangan ni dok sibuk-sibuk tengok rumah. Kat mana yang sesuai untuk settle down. Bila nak beli rumah banyak bnda yang perlu di consider. Lokasi, harga dan value hartanah tersebut. Hampir-hampir terjebak dah tapi rasa seeloknya selesaikan apa yang penting dulu. Awal-awal ni mungkin menyewa lah dulu kot, tapi kalau ada rezeki why not membeli. Adalah aset sekurangnya-kurangnya. Kalau beli kereta bukan aset. hehehe.



Beginilah kalau buat majlis dengan mengumpul dari duit gaji. Bukan anak orang berada tapi ketidaksempurnaan itu membahagiakan walaupun masa sekarang ni semua benda nak kene fikir. Duit..duit..duit.. Canopy, jamuan makan, pelamin, hantaran. Adoi..Takpelah, kata Cik B, adalah rezeki nanti.

Thursday, November 20, 2008

True Love

Remember that true love isn't about embossed invitations or the size of your bride party.
true love is what you find when you least expect it.
True love is taking the risk that it won't be a
"happily ever after".
true love is joining hands with a man who loves you for who you are
and saying "i'm not afraid to believe in you".
A love like that will survive anything even a less-than-perfect wedding.
(from the movie "I Do But I dont)



Love the quote so much!

Sunday, October 26, 2008

Important elements

Kadang-kadang terfikir, yang selesaikan yang wajib je. Ni benda yang wajib tak dititikberatkan, yang selainnya tu menyebabkan jadik pening kepala. Tapi majlis ni sekali je seumur hidup (mudah-mudahan InsyaAllah), tak nak lah buat secara koboi sangat, tapi tidaklah melebih lebih sangat, mengikut kemampuan. So, among important element yang dititikberatkan adalah:

  • Photographer.
Photographer is among the important element in wedding ceremony. Pakai baju cantik2 dan mahal tapi kalau photographer tak bagus, memori tu tak dapat di gambarkan dengan tepat. Dah serach dalam internet tapi nampaknya orang2 di kawasan ni tak gune sepenuhnya kuasa internet. I think through internet they will get more great job! Ni susah betul nak dapatkan maklumat. Lucky me, i have found one pro photog that through their website, hasil kerja diorang sama dengan apa yang dikehendaki. I want photog yang amik gambar moment, candid. Sebab itu yang akan di tengok dan dikenang sepanjang hayat.

  • Catering
Still lagi dalam discussion, tapi nampaknya Cik B dah survey2 dengan kawan2 dia to get more value to our money. Masa Kak Tik kawen dulu Abg Long yang tolong uruskan dengan catering Bukit Bay route, kalau tak silap ada 4 lauk serta buah, 1 pax di charge RM 6 (harga tahun 2007). Hopefully, harga tak naik lah. Harappp.. Yang penting, lauk sedap dan tetamu datang puas hati.
  • Venue
Kalau buat kat rumah, banyak benda yang perlu di fikirkan. Mak dah sah sah nak buat langsir baru (seperti biasa), Tidah kawen dulu langsir hijau, Tik kawen langsir purple, saya kawen langsir Pink!! Tak sesuainyerrr.. Walaupun suke sangat dengan kaler pink tapi saya berpada-pada juga, takdelah sume bnda pink. ye dok.
  • Door gift
Kami bercadang nak bagi surah yasin atau mathurat pada tetamu. As i said to Cik B, i want to give something yang berguna untuk tetamu. Yang akan digunakan. Bukan yang mengumpul habuk.

Yang penting bagi saya, adalah food, bajus and photographer. Food sebab kita hendak meraikan tetamu yang datang, baju and photographer sebab kita hendak meraikan diri kita.

p/s: my sister dah janji nak sponsor. nampaknya, bukan wedding selebriti je yang di sponsor.hehehe.

Monday, October 13, 2008

THE YEAR

Dear blog,

We are planning to get married next year. Bulan nya tak tau lagi tapi dah bincang secara serius dengan CB. Eventho dah lama bincang tentang hal 'Yes I do' ni , tapi next year will be the best time since Cik B insyaAllah akan settle down di KL, and saya pun InsyaAllah dah abis Msc(at least dah submit tesis). Orang cakap utk wedding preparation seelok eloknya setahun. Tapi kata Nurul, lagi lama buat persiapan, lagi banyak duit keluar. Betul betul betul... Cik B is really detail about budget, and preparation, and katanya dia dah tengok2 barang kat SSF.

I'm not married because sekarang musim orang kawen, because ramai orang tanya bila nak kahwin, atau sebab kawan2 baik sume dah kawen. Tapi because for both of us, it's the right time.

Harap semua diberkati tuhan. Ameen.