Daisypath Wedding tickers

Monday, August 31, 2009

3 minggu lagi

Last saturday pergi basuh rumah di Bandar Bukit Raja. Awal-awal pagi pergi amik mesin basuh kat gombak, dengan lori besar gedabak, then balik Shah Alam, angkat barang. Pheww.. penat giler. Sampai je kat rumah baru, in laws datang untuk tengok rumah (Kebetulan Cik B baru dapat nephew and diorang datang untuk melawat), so alang-alang diorang singgah la sekali. So far diorang cakap rumah tu sangat ok dan sangat berbaloi, PIL cadangkan kteorang beli rumah tu nanti. Hmm, betul jugak tu. Diorang tolong cucikan rumah sekali. Alhamdulillahhhhh.. kalau berdua je dengan Cik B, mati la.. Dah la angkat barang dari tingkat 3, nasib baik rumah ni rumah atas tanah..:) . After cuci sume, Fathi dan my PIL tolong azankan rumah. Balik tidor macam nak pengsan.

Hari sabtu, in mission of hantaran hunting lagi, last thursday pegi Pavi, sian Cik B, siap tertido kat kerusi menunggu cik tunangnya ni memilih hantaran. Beli handbag je pun. Then last saturday pergi sunway pyramid, alhamdulillah. Hujung-hujung sale ni, ok la jugak. Dah beli kasut for me and for Cik B, and towel kat Akemiuchi. Then sempat lagi tengok wayangs..hehe..dah lama gile tak tengok wayang.

This week ingat nak pergi settlekan a few things so balik kampung boleh bawak balik and bertenang hehe.

  • Kad kawen siap 4 hb malam. After berbuka, amik kad and shoot balik kampung hantar kad.
  • Plan mini gathering dengan high school frens, nak edar kad.
  • Amik doorgift dari nad. Asyik tak jadik je nak jumpe.
  • Beli doorgift.
  • Siapkan signage.
  • Siapkan thank you tag.
  • Pergi spa..:)
Macam tak percaya boleh plan semua ni dalam 2 bulan jek.


Thursday, August 27, 2009

So much in lurveee..

And I like the way your eyes dance when you laugh
And how you enjoy your two-hour bath
And how you've convinced me to dance in the rain
With everyone watching like we were insane


But I love the way you love me
Strong and wild, slow and easy
Heart and soul so completely
I love the way you love me

And I like the sound of old R 'n' B
And you roll your eyes when I'm sloppily off key
And I like the innocent way that you cry
At sappy old movies you've seen thousands of times

And I could list a million things
I love to like about you
But they could all come down to one reason
I could never live without you

Wednesday, August 26, 2009

Honeymoon

Semalam 3 BFF called. Sume menjerit.."Miey!! dah nak kawen dah" hehe.

Mula-mula Zai called kat opis. Rindunyer kat Zai. Zaman buat labwork sampai tension then pegi makan kat Mardi. Pagi2 bfast soto kat mardi. Kedai simple tapi perghh.. Marveles!


Then petang balik keje Ina called. Biasalah dengan Ina, macam tak nak letak phone rasa. Sejam lebih berborak dengan Ina, macam tak puas bercerita rasanya. Dari balik keje sampai la time nak berbuka. Ada je ceritanya. Wedding Ina bulan 12, tak habis2 cakap "kte dah agak miey kawen dulu, dah agak dah senyap2 je tiba2 je ade jemputan". Encik tunangnya, jauh diperantauan, tengah struggle siapkan PhD. Ina pulak tengah fikir2 carik tempat untuk buat pos doc. Muda-muda dah ada PhD. Hmm.. bile la turn aku nih. Syok berangan cerita tentang honeymoon. Ina cakap nak ke Hong Kong. Best gak tuh. Berangan dengan dia, kalau jadik dia Justify Fullbuat pos doc kat UK (HOD dia suh buat kat US), blh la pegi jalan2 tour europe dengan dia nanti..hehehe.. Berangan...best betul.

tapi bila letak phone, baru terfikir. Nak honeymoon kemana ek. Sebelum ni padamkan niat je dulu sebab tgh semester, for sure tak dapat cuti.

Semalam chat dengan ainul, dia ingatkan kalau pegi honeymoon, lebih baik pergi tempat yang takde tempat nak berjalan sangat, boleh spend masa berdua. Rather than berjalan2 melihat kawasan yang bila2 masa boleh pergi. Betul jugak tuh. Hmm.

Selalu bulan 9 ade matta fair. Tahun ni takde ke? Muslim travel fair kat pusat kebudayaan tu pun takde ke? Tetiba teringin sangat ke Bali. Nak ke Turki, macam kene mngumpul je dulu. Hmm

Friday, August 21, 2009

Wedding countdown

Akhirnya, ade gak wedding ticker menyerikan blog ni. :D

p/s: Still rasa tak percaya dah nak kawen. Macam mana kawan-kawan nak pecaya. Huh.
p/s: kene pegi Spa sebelum kawen. Pose pun pose la..Huhu

5 minggu lagi

Haishh. Macam makin malass plak nak update. Class dah start. Sem ni dapat 3 subjek. Semua ada lab. Huhuhu. Tapi reason tak update sebab asyik dok merayap blog orang lain untuk carik inspiration untuk buat hantaran. Hehe. So, dah banyak blog list kat sebelah, selama ni dok senyap2 sorang dalam alam maya ni sebab segan..Boleh macam tu..

Esok dah start puasa. Hari ni balik kampung..*Yay!!*Yay yay jugak tapi sedar tak sedar lagi 5 minggu je lagi sebelum majlis. *pengsan*. Boleh still lagi rasa tak pecaya nak kawen, nak kene cubit ni bior sedar sket. So nak tengok list apa yang dah sttle dan belum settle lagi.

Suda settle.
  • Keizinan kahwin/borang2-settle
  • Apply cuti- dah risik2 pada HOD. Dia macam sangat hepy je nak bagi cuti. :p
  • Warna tema- Ivory rose . Family:Maroon
  • Kad- dah tempah tapi tak dapat lagi. 5 hb baru dapat. Sempat ke? Ke dah lambat sangat?
  • Make up nikah, sanding, tandang - sudah settle.
  • Baju nikah- azie still jahit manik, janji awal bulan 9 dapat semula baju.
  • Pelamin, meja makan beradap dan hiasan bilik tidur- sudah booked. Balik nanti nak bincang konsep pelamin je.
  • Baju sanding - settle. 5 hb balik fitting lagi sekali.
  • Katering- mak dan abg long dah settlekan dengan lauk pengantin sekali
  • Kanopi- tak dapat scallop kaler pink, kaler maroon je ade. Belasah jelah
  • Kompang- abah dah booked
  • Hantaran- sudah beli separuh. Tinggal cincin Cik B, towel, briefcase, buah, kek (nape macam banyak je lagi).
  • Langsir rumah-sudah dibeli, tinggal mak and akak nak jahit je.
  • Paper bag-sudah ditempah di Ole ole manis. :)
  • Bunga pahar- Sudah dibeli di Semua House. Setelah berpening-pening sebab nak cut cost, (padahal jumpe bunga dip dengan harga RM 5 kat shah alam), tapi still kalau bolehnak carik yang lagi murah tapi puas hati. ALhamdulillah, akhirnya jumpe bunga kristal dengan harga yang berpatutan di Semua House. SO tak perlu pening lagi okay. Sebelum ni ingat nak tempah dengan officemate tapi selagi tak siap, selagi itulah sakit jantung. So, bunga pahar, done!
  • Photographer-antara elemen yang penting. Dah booked!

Belum siap, maka sila cuak :p
  • Gubahan hantaran. Bunga dulang dah ditempah di sayang you shah alam. Quite cheap only RM9 since bunga yang sama tengok kat Sayang Ku (yes, nama kedai tu memang macam tu) RM 25. Giler okeh. Tapi still pening nak gubah macam mana.Huhu. Rugi pulak dah tempah bunga dulang tapi upah orang untuk gubahan. Tulah, budget boleh buat tapi dengan kelas lagi, lab lagi, ade ke masa..huhu
  • Door gift- dah survey, tinggal lagi nak beli je. Title Miss procrastinator nampaknya masih berjaya dipegang olehku.;p
  • Signage-Mak dah pesan, buat-buat. Hanya pandai jawab je, ye..ye..tapi tak buat-buat jugak lagi.
  • Guest list-still carik2 lagi tapi dah 'jemput mulut' kawan-kawan rapat. Dah boleh jemput dah ke, atau cepat sangat. Semua orang macam terperanjat je aku nak kawen ni. Memang orang tak tau ke? Hmm.. Boleh tahan gak simpan rahsia ek..hehe *poyo laa*
  • Bunga manggar- Jangan lupe beli. Nak dua kaler je okay.
  • CD lagu/gamelan-jangan lupe burn lagu dan bagi Cik B dengar dulu sblm boleh finalize.
  • Wedding cake- Jangan lupe tunjuk contoh pada Cik B. Ingat plak komen Cik B.
You nak cake berapa tingkat?"
I nak yang simple jek"
Rugi la kawen ngan I tapi kek dua tingkat je"



Ada a few thing yang bile blog hopping, rase teringan sangat nak buat. Antaranya pomander ball. Tapi nak letak katne? Huhuhu.

p/s: dah dapat rumah sewa. Walaupun sewa murah tapi deposit 2k okay. Rasa nak menangis masa buat banker's cheque tu. Huhu. Tapi alhamdulillah, rumah selesa, dekat dengan balai polis, kedai runcit, klinik, ade guard dan tuan rumah yang baik hati :)







Tuesday, August 11, 2009

Rumah Gula Rumah

Antara cabaran paling besar rasanya, nak carik rumah sewa. Padahal area Shah Alam and Klang dan sekitarnya ni, punya banyak rumah. Kawan-kawan suggest, beli je terus. Niat memang ada nak membeli, tapi biar settle down satu-satu dulu. Lepas wedding, hantar thesis, and Cik B nak sambung study pulak, then dah lega sikit, baru carik rumah. Bimbang ni nak settlekan hal wedding lagi, class pun dah nak start next week, lecture notes berterabur lagi, nanti tak terkejar.
Cabaran mencari rumah sewa, banyak benda yang perlu di fikirkan. Cik B cakap, yang penting safety. "I kene travel jauh sikit takpe, yang penting dekat dengan tempat kerja u". auww.. Heheh..
Ada yang murah dan dekat, tapi banyak pulak anjing-anjing penjaga berkeliaran. Surau pun takde. Ada yang murah, kawasan ok, tapi laluan sebok. Ada yang rasa macam tak berbaloi bayar mahal giler padahal dok berdua je. Kebanyakan agents yang di call, sume cakap rumah untuk dijual.Haiyoh..Tapi, akhirnya alhamdulillah, pas balik dari kampung last week, dah dapat call dari sorang agent, dengan kawasan yang ok dan harga yang ok. Janjinya Sabtu ni pergi tengok rumah. Mudah mudahan ok la, sebab dah penat sangat carik rumah dan masa pun dah suntuk. End of this month nak kene pindah dah, puasa pun puasa laa..

Sekarang baru pening pasal hantaran, sebelum ni pk mudah je nak upah orang suh buat hantaran. Sekarang baru pening. *sigh sigh*

Doorgift dah almost complete, dah siap ditempah, paper bag and muffin. Cuma almathurat or Yasin tgh nak pilih2.

Bunga pahar lagi satu pening. Nak buat sendiri ke nak tempah. Ni lah susah kalau orang cerewet tapi selalu rasa membazir. Boleh gitu. Teruk betul.