Daisypath Wedding tickers

Friday, August 21, 2009

5 minggu lagi

Haishh. Macam makin malass plak nak update. Class dah start. Sem ni dapat 3 subjek. Semua ada lab. Huhuhu. Tapi reason tak update sebab asyik dok merayap blog orang lain untuk carik inspiration untuk buat hantaran. Hehe. So, dah banyak blog list kat sebelah, selama ni dok senyap2 sorang dalam alam maya ni sebab segan..Boleh macam tu..

Esok dah start puasa. Hari ni balik kampung..*Yay!!*Yay yay jugak tapi sedar tak sedar lagi 5 minggu je lagi sebelum majlis. *pengsan*. Boleh still lagi rasa tak pecaya nak kawen, nak kene cubit ni bior sedar sket. So nak tengok list apa yang dah sttle dan belum settle lagi.

Suda settle.
  • Keizinan kahwin/borang2-settle
  • Apply cuti- dah risik2 pada HOD. Dia macam sangat hepy je nak bagi cuti. :p
  • Warna tema- Ivory rose . Family:Maroon
  • Kad- dah tempah tapi tak dapat lagi. 5 hb baru dapat. Sempat ke? Ke dah lambat sangat?
  • Make up nikah, sanding, tandang - sudah settle.
  • Baju nikah- azie still jahit manik, janji awal bulan 9 dapat semula baju.
  • Pelamin, meja makan beradap dan hiasan bilik tidur- sudah booked. Balik nanti nak bincang konsep pelamin je.
  • Baju sanding - settle. 5 hb balik fitting lagi sekali.
  • Katering- mak dan abg long dah settlekan dengan lauk pengantin sekali
  • Kanopi- tak dapat scallop kaler pink, kaler maroon je ade. Belasah jelah
  • Kompang- abah dah booked
  • Hantaran- sudah beli separuh. Tinggal cincin Cik B, towel, briefcase, buah, kek (nape macam banyak je lagi).
  • Langsir rumah-sudah dibeli, tinggal mak and akak nak jahit je.
  • Paper bag-sudah ditempah di Ole ole manis. :)
  • Bunga pahar- Sudah dibeli di Semua House. Setelah berpening-pening sebab nak cut cost, (padahal jumpe bunga dip dengan harga RM 5 kat shah alam), tapi still kalau bolehnak carik yang lagi murah tapi puas hati. ALhamdulillah, akhirnya jumpe bunga kristal dengan harga yang berpatutan di Semua House. SO tak perlu pening lagi okay. Sebelum ni ingat nak tempah dengan officemate tapi selagi tak siap, selagi itulah sakit jantung. So, bunga pahar, done!
  • Photographer-antara elemen yang penting. Dah booked!

Belum siap, maka sila cuak :p
  • Gubahan hantaran. Bunga dulang dah ditempah di sayang you shah alam. Quite cheap only RM9 since bunga yang sama tengok kat Sayang Ku (yes, nama kedai tu memang macam tu) RM 25. Giler okeh. Tapi still pening nak gubah macam mana.Huhu. Rugi pulak dah tempah bunga dulang tapi upah orang untuk gubahan. Tulah, budget boleh buat tapi dengan kelas lagi, lab lagi, ade ke masa..huhu
  • Door gift- dah survey, tinggal lagi nak beli je. Title Miss procrastinator nampaknya masih berjaya dipegang olehku.;p
  • Signage-Mak dah pesan, buat-buat. Hanya pandai jawab je, ye..ye..tapi tak buat-buat jugak lagi.
  • Guest list-still carik2 lagi tapi dah 'jemput mulut' kawan-kawan rapat. Dah boleh jemput dah ke, atau cepat sangat. Semua orang macam terperanjat je aku nak kawen ni. Memang orang tak tau ke? Hmm.. Boleh tahan gak simpan rahsia ek..hehe *poyo laa*
  • Bunga manggar- Jangan lupe beli. Nak dua kaler je okay.
  • CD lagu/gamelan-jangan lupe burn lagu dan bagi Cik B dengar dulu sblm boleh finalize.
  • Wedding cake- Jangan lupe tunjuk contoh pada Cik B. Ingat plak komen Cik B.
You nak cake berapa tingkat?"
I nak yang simple jek"
Rugi la kawen ngan I tapi kek dua tingkat je"



Ada a few thing yang bile blog hopping, rase teringan sangat nak buat. Antaranya pomander ball. Tapi nak letak katne? Huhuhu.

p/s: dah dapat rumah sewa. Walaupun sewa murah tapi deposit 2k okay. Rasa nak menangis masa buat banker's cheque tu. Huhu. Tapi alhamdulillah, rumah selesa, dekat dengan balai polis, kedai runcit, klinik, ade guard dan tuan rumah yang baik hati :)







No comments:

Post a Comment